Profile Picture

Ahmad Khusairi *******

(Online)

Sarjana(master) - Master In Business Administration

Batu Pahat, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam sejahtera kepada semua. Nama saya Ahmad Khusairi bin Othman merupakan pelajar bergraduasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Saya juga telah menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan pada tahun 2022 dan akan bergraduasi pada 25 November 2023.

Untuk makluman pihak MyTutor dan ibu bapa sekalian, saya juga sedang berkhidmat sepenuh masa di Institusi Perbankan di Kuala Lumpur dan bekerja secara hybrid di rumah. Jawatan saya sekarang adalah Pegawai Operasi Kanan. Pengalaman pengarajan saya lebih tertumpu kepada sesi on-job training/technical training secara langsung/hybrid bagi menyempurnakan tugasan yang diberikan majikan. Alhamdulillah, saya masih bertahan bersama majikan selama 8 tahun secara full-time.

Pengalaman kerja hakiki melebih 8 tahun telah melatih diri saya untuk berkomunikasi secara efektif terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang.

Subjek utama kepakaran saya adalah Mata Pelajaran Umum (MPU) seperti Sejarah, Ekonomi, Perdaganan, Perakuanan, Matematik dan Bahasa Melayu. Saya juga berkebolehan mengajar bermula daripada peringkat sekolah rendah sehingga pra-universiti dan diploma. Keperibadian saya lebih menjurus kepada seorang yang ramah dan tegas namum, bergantung kepada situasi.

Objektif utama saya dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah memastikan murid-murid memahami apa yang mereka pelajari sekaligus mencapai matlamat mereka dan ibu bapa. Oleh yang demikian, saya dengan ini sangat berbesar hati untuk pihak MyTutor dan ibu bapa serta murid-murid untuk memilih saya sebagai tutor anda. Terima kasih.

Teaching Method(s)
Untuk pengajaran aras rendah terutama peringkat sekolah rendah, saya mengunakan kaedah didikan secara penceritaan serta diselitkan dengan ilustrasi dan contoh-contoh yang mudah difahami secara umum oleh pelajar, sesuai dengan peringkat umur mereka. Saya juga memfokuskan penggunaan peta minda yang berwarna-warni serta penggunaan akronim sebagai nota tambahan kepada pelajar.

Bagi pengajaran aras tinggi, saya lebih memfokuskan sesi pengajaran dengan memberi contoh-contoh sebenar dan realistik dalam industri sejajar dengan pengalaman kerja hakiki saya yang melebihi 8 tahun sebagai seorang Eksekutif Perbankan.
Subject
Subject School Level
Perniagaan Universiti - Diploma, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Akaun Universiti - Diploma, Cambridge - A Level
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6