Profile Picture

Nurul Akma

(Online)

Sarjana(master) - Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Teknologi Maklumat)

Telok Panglima Garang, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam, saya Cikgu Nurul Akma, berpengalaman dalam bidang pendidikan lebih kurang 15 tahun dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya kolej swasta. Berkemahiran dalam subjek Pendidikan Islam meliputi Iqra (mengaji), subjek KAFA dan Pengajian Islam bagi semua peringkat. Selain itu, berpengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual bagi silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta semua subjek akademik bagi Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV). Saya juga berkemahiran dalam menghasilkan modul dan soalan pentaksiran mengikut peringkat peperiksaan. Oleh yang demikian, ia memberi nilai tambah dalam memastikan murid mencapai objektif pembelajaran dengan baik. Saya juga berpengalaman memberi seminar dan ceramah bagi calon peringkat rendah dan menengah. Nak anak skor cemerlang serta dapat meningkatkan keyakinan momentum kejayaan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikuasai oleh murid, saya akan cenderung menerapkan teknik pengajaran berdasarkan psikologi dan keupayaan murid tersebut. Secara asasnya, saya akan menggunakan kaedah mikro dan makro teaching sebagai elemen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu juga, saya akan menerapkan elemen multimedia serta ICT kerana ia merupakan kepakaran saya. Walau bagaimanapun, saya akan menyusun strategik teknik pengajaran berdasarkan keupayaan murid. Ini kerana, kejayaan dan kecermerlangan murid adalah kepuasan sebenar dalam diri saya yang merupakan visi utama sebagai seorang pendidik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Darjah 4
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 3, Darjah 1