About Me
Saya merupakan tutor yang ingin membantu anak anda memperoleh keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran. Saya akan memastikan anak didik saya mencapai keputusan yang memberangsangkan. Saya akan mencari cara baru untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih berkesan dan menyesuaikan kaedah pengajaran saya mengikut keperluan pelajar. Akhir sekali, saya sentiasa bersedia untuk membantu pelajar di luar waktu pembelajaran serta memberikan sokongan tambahan dan bahan rujukan untuk membantu mereka memahami malah menguasai subjek dengan lebih baik. Pilih lah saya sebagai tutor anak anda.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah yang senang untuk difahami seperti akronim untuk bantu mengingat formula sesuatu subjek. Saya menggunakan pendekatan pendidikan yang bersifat hibur untuk mencegah kebosanan dalam kalangan pelajar. Selain itu, saya menyediakan teknik menjawab soalan yang mudah dipahami bagi memastikan murid-murid saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan berkesan. Untuk kelas atas talian, saya menyediakan nota yang ringkas bagi menarik minat pelajar.