Profile Picture

Amie Mansor

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Universiti Teknologi Mara

Ampang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam sejahtera, saya Amie Mansor dan berasal dari Ampang. Saya merupakan graduan Masters in Business Administration dari Arshad Ayyub Graduate Business School (UiTM Shah Alam) dimana subjek yang saya fokus bagi membantu pelajar untuk skor adalah Ekonomi dan Perniagaan. Pada tahun 2014, saya merupakan pelajar terbaik SPM subjek Ekonomi dan Perdagangan (sekarang dikenali sebagai subjek Perniagaan). Misi saya adalah untuk menarik minat dan melahirkan pelajar yang mampu menguasai dua subjek aliran ini kerana terdapat banyak peluang kerjaya dan pekerjaan dalam bidang ini. Anak masih lost dan tak faham? Jangan risau, saya berbesar hati untuk bantu anak Tuan/Puan menguasai subjek ini! Hubungi saya sekarang!
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar seperti teknik bercerita, peta minda, dan imaginasi. Kerana minda pelajar zaman sekarang lebih kreatif dalam mempelajari sesuatu selain cuma membaca. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar dan kaitkan dengan situasi semasa, realistik disebalik teori yang diajar. Misi saya adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Perniagaan dan Ekonomi kerana persamaan antara subjek ini adalah berkaitan teori dan fakta. Yang paling penting adalah pelajar mampu kaitkan ilmu ini dalam kehidupan seharian mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 5, Tingkatan 4