Profile Picture

Muhammad Amirul *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Mechanical Engineering Technology (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, saya cikgu Amirul. Pengalaman saya dalam bidang pendidikan ini boleh dikatakan masih baharu. Saya mempunyai pengalaman mengajar di sekolah menengah teknik. Boleh dikatakan saya merupakan guru teknikal. Antara subjek yang boleh saya ajar seperti berikut : - Lukisan Kejuruteraan (LK) - Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) - Asas Kelestarian (AK) - Reka Cipta (RC) - Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) - Fizik - Matematik - Matematik Tambahan Selain menjadi guru, saya juga aktif bekerja sebagai fasilitator kem. Oleh itu, ia memberikan saya kelebihan dalam kemahiran bersosial yang baik seperti mampu berintekasi secara baik dengan orang yang baru dikenali dan berkemahiran untuk memotivasikan seseorang. Seterusnya, saya seorang guru yang akan merancang pengajaran sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Dengan mewujudkan rancangan pengajaran ini, ia memberi impak seperti isi pembelajaran teratur, mempunyai penilaian sumatif dan PAK21 serta pengurusan masa yang baik. Akhir sekali, saya mempunyai ikhtisas pendidikan daripada DPP Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Teknik Pengajaran
Teknik mengajar saya lebih ke santai tapi sampai. Dimana saya akan memastikan penyampaian maklumat saya tidak berat dan mudah difahami. Saya juga suka untuk mengaitkan apa yang dipelajari dengan contoh perkembangan terkini atau contoh sekeliling, ini akan membantu murid lebih mudah faham dan peka mengenai isu atau keadaan sekeliling yang berkaitan dengan PdP mereka. Saya jugak suka memastikan murid saya betul-betul faham dulu tajuk yang diajar sebelum memasuki tajuk baharu ( Step-by-Step ).
Subjek
Subjek Tahap
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 3
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4