Profile Picture

Nur Atikah *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Biological Science (Universiti Malaysia Terengganu)

George Town, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Atikah. Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek Sains merupakan subjek utama yang saya mengajar kerana saya mengambil ijazah dalam bidang Biologi. Saya juga membuat tuisyen di rumah yang mengajar budak sekolah rendah subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sejak 5 tahun lepas lagi. Saya juga membuat program motivasi dan program seperti pertandingan mewarna setiap tahun bagi mencungkil bakat setiap pelajar yang saya ajar. Saya juga pernah pergi ke kursus teknik mengajar yang pernah dikendalikan oleh guru-guru IPG dibawah anjuran Pusat Zakat Pulau Pinang. Saya juga merupakan ahli Kelas Mengajar PPR Sungai Pinang yang mengajar Bahas Malaysia dan Matematik kepada budak-budak yang tidak berkemampuan yang tinggal di Flat PPR. Saya juga mahir dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik dalam mengajar anak-anak anda. Boleh hubungi saya sekiranya berminat.
Teknik Pengajaran
Saya pernah mengajar di Tadika Little Caliphs yang menggunakan teknik phonics untuk mendidik kaedah pembacaan anak-anak supaya menjadi lebih cepat. Saya juga banyak menggunakan flashcard atau benda maujud untuk membuat budak-budak lebih faham tentang ilmu yang sedang saya sampaikan. Manakala untuk subjek Sains, saya banyak mengendalikan eksperimen untuk menarik minat kanak-kanak supaya mereka lebih meminati subjek Sains. Untuk Subjek Matematik, saya percaya practise make perfect. Oleh itu, memberi latihan intensif secara berterusan akan mendedahkan pelajar dengan pelbagai soalan penyelesaian masalah yang menjadikan mereka kritis apabila berhadapan dengan soalan penyelesaian masalah. Subjek Bahasa Malaysia juga memerlukan murid-murid melakukan pembacaan yang mendalam. Justeru itu saya akan sentiasa memberi latihan karangan kepada pelajar untuk melatih kosa kata yang meluas. Saya akan menggunakan pelbagai teknik untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 3