mytutor_mobile
Profile Picture

Nik Nur *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Nik Nur Hazwani Bt Abdul Halim lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sebuah institusi tempatan dan menjalani latihan industri di taska dan tadika sebelum menamatkan ijazah sarjana muda. Saya juga mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran. Saya mempunyai setahun pengalaman bekerja di Pusat Pengajian Qiraati di Kota Bharu Kelantan dan mengajar Iqra' dan Alquran kepada pelajar yang berumur 4 tahun sehingga 20 tahun. Sebelum mengajar, saya akan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kesesuaian pelajar tersebut. Saya akan memastikan anak tuan puan mempunyai perkembangan dari semasa ke semasa dari segi akademik dan sahsiah.
Teknik Pengajaran
Saya berpengalaman dalam mengajar Iqra dan Alquran di Institusi pengajian Alquran dengan memulakan pengajian Islam dengan kaedah mengajar Ibadah, akhlak dan sahsiah pada permulaan kelas dan seterusnya mengajar pelajar dengan lebih mendalam. Pendekatan dari segi akademik, saya dapat mengajar kanak-kanak menggunakan play based approach iaitu bermain sambil belajar di mana situasi ini penting untuk menarik kanak-kanak lebih berminat untuk belajar dan tidak merasa bosan dengan subjek yang diajar. Saya juga turut menyediakan bahan sebelum mengajar. Selain itu, saya akan melihat dan menyediakan bahan yang bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Saya akan memastikan setiap pelajar mempunyai perkembangan yang baik dari masa ke semasa.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Arab Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Jawi Tadika
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Darjah 2, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 2
P. Islam Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4