Profile Picture

Sitti Majirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Humanities (Universiti Sains Malaysia)

George Town, Pulau Pinang

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Majirah. Saya berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Sejarah merupakan subjek major saya dalam bidang kemanusiaan, manakala Geografi merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman dalam bidang pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ bagi subjek bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dalam 50 sesi kelas setahun merupakan suatu teknik yang telah saya rangka. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5