Profile Picture

Fatimah Hazirah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science (Hons.) Mathematics

Universiti Teknologi MARA (Seremban 3) (Graduated)

Rawang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Hazirah. Saya merupakan siswazah baharu dalam jurusan Matematik. Saya adalah seorang yang ceria, aktif, bersemangat, mempunyai suara yang lantang, berani menyahut cabaran, dan bersedia untuk mengajar serta diajar. Di universiti, saya aktif dalam aktiviti kelab, antaranya menjadi pengacara majlis. Matematik merupakan subjek major, manakala subjek berkaitan data dan komputer and subjek minor di universiti. Saya berpengalaman menjadi pensyarah sambilan Matematik di UiTM Seri Iskandar selama 6 bulan. Saya mempunyai minat yang mendalam untuk mengajar dan saya mahu menambah pengalaman mengajar saya dengan menjadi Tutor Matematik. Saya juga boleh meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Saya berharap dengan menjadi tutor di MyTutor mampu menambah pengalaman saya sebagai lepasan siswazah dalam Matematik.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan teknik catit formula. Saya akan menyediakan satu buku formula yang mengandungi semua formula yang dipelajari. Buku formula tersebut boleh dihafal dan dibawa kemana saja. Saya juga menerapkan teknik belajar sehingga faham dengan cara setiap kali selesai satu topik, latihan perlu disiapkan. Saya juga menggunakan kelas perbincangan dua hala, dimana pelajar berpeluang mengajar kembali apa yang difahami kepada rakan yang lain serta sesi soal jawab.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5