mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Sofia *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Dengan Multimedia (Universiti Islam Selangor)

Tawau, Sabah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Sofia. Saya merupakan seorang tutor yang komited dan berdedikasi serta mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang pendidikan sebenar. Saya merupakan seorang graduan baru dengan major dalam subjek Pendidikan Islam serta minor dalam bidang Multimedia. Selain daripada subjek Pendidikan Islam, saya juga boleh mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Pengalaman yang telah saya tempuhi sebagai seorang pendidik di sekolah melatih saya untuk menyediakan modul atau rancangan pengajaran yang berkesan dalam mencapai objektif pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berketerampilan. Jangan lepaskan peluang belajar bersama saya! Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan strategi pengajaran berpusatkan pelajar iaitu melalui kaedah dan teknik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) yang berfokuskan kepada komunikasi, fikiran kreatif dan kritis serta pembentukan nilai sahsiah pelajar. Saya menggunakan pelbagai pendekatan menarik yang sesuai dengan semua keupayaan pelajar bagi mencapai objektif pembelajaran. Saya juga melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik mengikut arus pemodenan dalam teknologi pendidikan dengan menggunakan kemahiran multimedia yang saya miliki. Oleh itu, kefahaman ilmu, kemahiran dan nilai sahsiah pelajar menjadi keutamaan saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 3
Tajwid KAFA - Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Mengaji