Profile Picture

Nurul Alfatihah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Industri & Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Kuala Terengganu, Terengganu

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya mesra dikenali sebagai Cikgu Fatihah dalam kalangan anak pelajar dan ibu bapa. Alhamdulillah, saya mula mengajar bermula tahun 2017 sebagai guru ganti di Madrasah Darul Iman. Selepas selesai tugas, saya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Sains Fizik. Semasa dalam tempoh pengajian, saya meneruskan passion dalam mengajar dengan menjadi salah seorang tenaga pengajar kelas malam untuk pelajar PT3 di SMKA Durian Guling selama 2 tahun ( 2019-2020]. Kini, saya memulakan semula kesungguhan dalam mendidik setelah saya berjaya habiskan sarjana saya (masih menunggu Senat). Subjek yang saya ajar ialah Sains ( Thn 3, Thn 6, Ting. 3, Ting. 4 dan Ting. 5), Matematik ( Thn 3, Thn 4, dan Thn 6), English ( Thn 3 dan Thn 6), B Melayu ( Thn 3 dan Thn 6), dan Kimia (Ting 5).
Teaching Method(s)
- Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan sediakan nota dan latihan.
- Jika sesi P&P dimulakan pada awal tahun, saya akan mengajar mengikut topik sehingga selesai. Saya akan buat target untuk habiskan semua topik, kemudian saya akan buat ulangkaji dengan menggunakan soalan format UASA.
- Jika sesi P&P dimulakan pada penghujung sesi persekolahan, saya akan terus kepada latihan UASA kerana pelajar dapat ulang kaji bab yang dipelajari dan dapat belajar cara tackle soalan.
- Saya juga akan sediakan permainan minda (silang kata, perkataan tersembunyi, objek tersembunyi) untuk pelajar sekolah rendah kerana nak elakkan daripada pelajar bosan.
- Target saya ialah pelajar dapat input yang maksima sepanjang sesi P&P
- Bagi menjadikan target direalisasikan, saya bersedia menerima teguran daripada semua pihak sebgai menambaikkan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Darjah 6
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Bahasa Melayu Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 3