Profile Picture

Nurul Aisyah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bacelor Sains Bioindustri (Universiti Putra Malaysia)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cik Aisyah. Saya merupakan individu yang berdedikasi, ceria, dan aktif dalam mendidik pelajar. Saya berpengalaman menjadi tutor secara formal selama 5 tahun di Universiti Putra Malaysia. Subjek Sains merupakan subjek utama saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Biologi merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan faham dan cakna dengan subjek yang diajarkan.Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik pembelajaran didik hibur, soal jawab, bercerita dan dialog dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan rangsangan video dan kata kunci merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya menerapkan suasana pembelajaran yang santai kepada pelajar bagi memudahkan pelajar untuk tidak malu bertanyakan soalan.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 5, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4