Profile Picture

Ismaail Bin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (Information Technology)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Ismaail. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Teknologi Maklumat merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala sejarah merupakan subjek minor. Saya juga berkemahiran mengajar subjek Matematik sekolah menengah dan sekolah rendah. Penyusunan modul dan kaedah pengajaran yang mudah dan ringkas menjadikan saya seorang bakal pendidik yang dapat membentuk kawan-kawan serta adik-beradik saya cemerlang semasa persekolahan mereka sebelum ini. Nak anak-anak tuan/puan skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan mereka dalam pelajaran? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 2 tahun dalam institusi pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan pelbagai teknik yang mudah dan ringkas mengikut kesesuaian pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan dan faham akan subjek yang dipelajari merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5