mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Aizzah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Physics Education (universiti Pendidikan Sultan Idris)

Shah Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan hai saya Cikgu Aizzah lebih mesra dipanggil Cikgu Ija. Seorang tutor yang baru bermula dan mempunyai pengalaman selama 8 bulan sebagai seorang pendidik. Subjek Fizik merupakan major saya manakala subjek Matematik merupakan minor saya dalam pengajaran. Seorang yang mempunyai minat dan cinta yang mendalam dalam dunia pendidikan serta suka membantu anak anak didik dalam mencapai kejayaan. Bersama membangun kejayaan ayuh kita berjuang bersama. Hubungi saya pada maklumat tertera untuk info lanjut.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya lakukan kebanyakannya melibatkan PAK-21 iaitu berpusatkan murid dengan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika. Tetapi untuk mode tutor saya banyak menggunakan elemen pemikiran kritis dalam membentuk sifat inkuiri dan keterujaan mempelajari dan mendalami topik pembelajaran. Saya banyak melibatkan murid untuk meneroka, mencari maklumat, menyoal dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mengaitkan keadaan dan situasi sekeliling terutamanya dalam subjek sains (fizik). Selain itu, latihan pengukuhan juga turut diberi untuk memantapkan kefahaman anak didik. Keseronokan dan kefahaman dalam belajar menjadi salah satu matlamat saya dalam mendidik dan tak lain tak bukan tujuan utama saya dalam mengajar adalah kerana Allah, iaitu menjadi sebaik manusia yang dapat memberi secebis manfaat.
Penilaian & Maklumbalas

Norfariza Hanim Binti Kasim : Fizik - Bahasa Melayu

Cemerlang

Norfariza Hanim Binti Kasim : Fizik - Bahasa Melayu

Tutor sangat bagus dan mengajar sehingga pelajar faham. Highly recommended.

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5