Profile Picture

Nazmi Azran *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Arabic Studies (Unisza)

Kuala Terengganu, Terengganu

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Bismillah, saya lebih selesa dipanggil Bro Nazmi atau Cikgu Nazmi. Saya merupakan lepasan ISM Bahasa Arab di UniSZA. Saya meminati bidang pendidikan semenjak di bangku sekolah lagi. Saya pernah diberi kepercayaan oleh ustazah saya untuk mengajar 100 orang pelajar SPM sebaya saya di dalam dewan sekolah bersempena kem SPM. Inilah pengajaran rasmi saya yang pertama. Justeru, saya telah melibatkan diri dalam bidang "tutor" ini hampir 8 tahun, bermula dengan langkah awal sebagai tutor muda di peringkat SPM (sekolah menengah).
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai banyak pengalaman mengajar di pusat tuisyen sama ada secara bersemuka mahupun atas talian. Pendirian saya, kesungguhan dan minat daripada pelajar merupakan satu aspek utama dalam pendidikan. Oleh itu, teknik yang saya gunakan adalah seperti menarik minat pelajar terhadap subjek itu terlebih dahulu. Seterusnya, saya akan mendalami tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu subjek itu, sama ada di peringkat rendah, pertengahan atau tinggi. Hal ini kerana, wasilah mengajar bagi setiap tahap berbeza antara satu sama lain.
Konsep yang saya suka gunakan ketika mengajar ialah mengajar dahulu, kadang-kadang berbentuk diskusi. Kemudian, sama-sama menjawab soalan-soalan daripada buku latihan atau soalan-soalan peperiksaan lepas.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Universiti - Diploma, STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
UPKK Darjah 5
Mengaji - Iqra Dewasa
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Debat Asas (Basic)
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3