Profile Picture

Nur Zulaikha *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Batu Caves, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Pendidikan Bahasa Melayu dgn Kepujian sekaligus saya mengambil minor Kesusasteraan Melayu di UPSI. Saya telah menjalani latihan mengajar 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang, Batu Caves pada bulan Ogos tahun 2022 selama 3 bulan. Manakala, saya juga menjalani latihan mengajar 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa, Hutan Melintang pada bulan Mac tahun 2023 selama 3 bulan. Subjek yang pernah saya mengajar semasa saya menjalani latihan mengajar ialah subjek Bahasa Melayu (Tingkatan 1,3 dan 4) dan subjek Pendidikan Moral (Tingakatan 3). Malahan, saya pernah menjadi guru tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu (Tahun 4 dan 5) selama 3 bulan secara atas talian di bawah syarikat puncak academy. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi selama saya menjalani latihan mengajar dan juga menjadi guru tuisyen. Saya akan mengaplikasi dan memanfaat semua pengalaman dan juga ilmu yang saya perolehi untuk mendidik anak tuan/puan.
Teknik Pengajaran
Teknik yang akan dipraktikkan lebih kepada PAK-21 dan pembelajaran yang lebih menarik seperti menjalankan pembelajaran dalam bentuk permainan yang selari dengan pemikiran pelajar masa kini.Bagi pendekatan untuk pembelajaran karangan saya lebih berminta menggunakan pendekatan yang lebih ringkas tetapi padat seperti formula untuk senang diingati oleh pelajar. Kepuasan dan keseronokan dalam menimba ilmu adalah penting dalam sesi pembelajaran bersama saya. Pendekatan peta minda juga menjadi salah satu teknik utama yang saya gunakan dalam sesi pembelajaran saya.
Penilaian & Maklumbalas

Sarah : Bahasa Melayu

Good tutor..my son really likes the class ..he is motivated to improve his BM now..

Sarah : Bahasa Melayu

Cemerlang

Zahrotul Farihah Abdul Aziz : Bahasa Melayu

Tutor sangat komited dalam sessi pembelajaran.Beliau banyak memberi kupasan idea untuk penulisan karangan. Sangat membantu dalam ujian UASA.

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 5
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Moral Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BM Darjah 3