Profile Picture

Nur Farra *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma In Halal Product Manufacturing Kolej Uniti Port Dickson

Sungai Pelek, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya lebih mesra dipanggil Cikgu Farra. Merupakan pelajar cemerlang akademik bagi setiap peperiksaan besar semasa bersekolah dan masih memegang gelaran yang sama semasa Diploma. Seorang yang bercita-cita tinggi dan berwawasan namun merendah diri kerana memegang pada kata-kata "Talent wins games, teamwork and intelligence wins championships". Demikian menunjukkan bahawa kejayaan yang kita peroleh bukan sepenuhnya dari kita sendiri tetapi adanya sumbangan dari orang sekeliling yang bersama semasa turun dan naiknya kita dalam fasa-fasa kehidupan. Tentunya fasa sebagai pelajar tidak mudah, banyak liku-liku perlu diharungi. Saya akan bersama anak-anak Tuan/Puan menyokong dalam setiap sesi untuk mendapat nafas baru keseronokan dalam menimba ilmu.
Teknik Pengajaran
Saya merupakan seorang yang berjiwa sebagai pendidik, bukan sekadar mengajar sahaja maka cara pendekatan dan teknik pembelajaran yang akan digunakan dalam setiap sesi adalah bersesuaian dengan tahap pelajar tersendiri bagi memaksimumkan perkembangan mereka bukan sahaja dari sudut keputusan peperiksaan malah sudut penjagaan kesihatan emosi dan mental sebagai pelajar. Tentunya semua ini dapat dicapai hasil sokongan dan kerjasama penuh antara pelajar, ibu bapa dan tutor demi keberkesanan setiap sesi yang disertai dengan penuh semangat dan dedikasi.
Subjek
Subjek Tahap
MUET Dewasa
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
P. Islam Darjah 3, Darjah 5
Sains Darjah 4, Darjah 5