Profile Picture

Nur Maisarah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science Education (Hons.) Bioloy

Muar, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalammualaikum dan hi, saya Cikgu Maisarah. Saya merupakan seorang fresh graduate daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Bachelor of Science Education (Hons.) Biology. Subjek Biologi merupakan subjek major saya manakala subjek Matematik merupakan subjek minor. Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian tetapi, saya sudah mempunyai 3 tahun pengalaman menjadi seorang tutor bermula dari tahun 2021 hingga kini. Sekarang, saya merupakan online tutor di Kumon Centre Cawangan Puncak Alam bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu, saya juga menjadi tutor atas kendalian sendiri dan mempunyai 3 orang pelajar setakat ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dengan semua ilmu dan pengalaman yang saya ada, saya yakin boleh mendidik dan mengendalikan pelajar dengan baik. Ketika di UiTM juga, saya telah banyak didedahkan dengan teknik pengajaran yang moden seperti STEM dan teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dimana berpusatkan pelajar. Jika tuan/puan ingin anak anda belajar dengan suasana yang seronok dan berkesan, boleh hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai pengalaman sebagai seorang guru praktikal semasa tahun 2022 selama 3 bulan. Sepanjang tempoh tersebut saya telah menerapkan teknik-teknik pembelajaran yang menarik bergantung kepada tahap keupayaan pelajar. Ketika di dalam kelas, saya sering menggunakan teknik pembelajaran yang berpusat kepada pelajar serta saya seringkali menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat menarik perhatian pelajar serta membantu meningkatkan tahap pemahaman mereka. Visi saya ketika mengajar di dalam kelas ialah mengutamakan pemahaman pelajar dan tidak menggalakkan teknik hafalan sahaja.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5