Profile Picture

Nuraina Munirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Mass Communication, Journalism (Uitm)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Mempunyai Sarjana Muda (Kepujian) dalam Komunikasi Massa, Kewartawanan memberikan saya pengalaman dan kemahiran untuk menulis serta berbicara dengan lancar dalam bahasa Inggeris - dan semestinya, menambah baik kosa kata saya dalam bahasa Melayu. Mempunyai pengalaman dalam tutor meskipun dua bulan sahaja kerana fokus pada pengajian. Kini, saya bersedia untuk membantu serta berkongsi ilmu pada pelajar-pelajar, terutama bagi mereka yang masih di sekolah rendah dan menengah. Inginkan anak anda menjadi lebih yakin dalam berbahasa Inggeris dan Melayu? Boleh hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Setiap pelajar ada cara pembelajaran mereka tersendiri jadi, teknik pengajaran yang saya akan terapkan bergantung pada kebolehan pelajar itu sendiri. Saya akan terapkan pembelajaran yang interaktif bagi mengasah kemahiran pelajar tersebut, terutama dalam komunikasi. Teknik penceritaan (storytelling) juga akan diterapkan dalam sesi pembelajaran bagi memastikan penglibatan serta fokus pelajar sepanjang sesi tutor. Saya akan berusaha untuk memastikan setiap pelajar mempunyai keyakinan untuk bertutur dengan lancar dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3