Profile Picture

Atikah Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ism Bahasa Arab & Kesusasteraan Islam (Usim)

Kota Setar, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Muallimah Atikah. Saya merupakan tutor sambilan dalam Bahasa Arab secara atas talian. Secara hakikinya, saya mempunyai kelulusan SPM & STPM aliran agama, dan sekarang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda berlatarbelakangkan ikhtisas dalam Bahasa Arab & Kesusasteraan Islam. Namun begitu, saya suka mengendalikan sesi tutor Bahasa Arab secara atas talian untuk pelajar sekolah menengah bagi keperluan subjek Bahasa Arab dalam UASA, KBD, SPM, STPM & STAM secara 1-to-1. Berminat untuk belajar Bahasa Arab? Hubungi saya sekarang!
Teknik Pengajaran
Berdasarkan kepada pengalaman saya menjalankan tutor secara atas talian, saya cuba menerapkan pendekatan pembelajaran interaktif dua hala, di mana saya cuba memastikan pelajar berkomunikasi dan menjadi responsif sepanjang sesi dijalankan, baik secara lisan mahupun secara bertulis melalui ruangan chat. Di samping itu, saya juga memanfaatkan tayangan kongsian secara slaid yang saya sediakan atau buku secara langsung bagi memudahkan pelajar mengetahui medium yang saya gunakan. Saya juga menggunakan pendekatan bimbingan latihan setiap kali setelah sesi berlangsung dan perbincangan pada kelas seterusnya bagi mengukuhkan kefahaman pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Tingkatan 5, Tingkatan 4, STPM - Tingkatan 6
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 5, Tingkatan 4
Al-Adab wa Al-Balaghah Tingkatan 5, Tingkatan 4
Turath Bahasa Arab Tingkatan 5, Tingkatan 4
Bahasa Arab - Third Language Tingkatan 5, Tingkatan 4
Mengaji - Iqra Dewasa
Kelas Agama Dewasa