Profile Picture

Nur'aina Farhana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor persendirian yang berdedikasi dan sentiasa komited untuk mendalami dan berkongsi pengetahuan dalam bidang Fizik, Matematik Tambahan dan Matematik Moden. Sepanjang pengalaman mengajar dalam subjek-subjek berikut, saya telah berjaya membantu untuk membimbing pelajar-pelajar saya untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan berkenaan setiap subjek. Sebagai seorang tutor persendirian, saya telah berpeluang untuk bekerja secara bersemuka dengan pelajar saya atau melalui secara online.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya lebih mementingkan penekanan yang lebih holistik dan pemahaman terhadap konsep terlebih dahulu sebelum pengaplikasian terhadap penyelesaian masalah dan teknik mengingat. Sebagai seorang graduan ijazah Seni Bina, saya lebih menggunakan pendekatan alat bantu visual dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Selain itu, saya juga menggabungkan aktiviti interaktif dan aplikasi senario konsep dalam kehidupan sebenar untuk meningkatkan pemahaman pelajar dan menambah minat mereka dalam pembelajaran. Saya lebih memfokuskan kepada kemahiran penyelesaian masalah dan teknik pemikirian secara kritis supaya pelajar saya tidak hanya berjaya dalam pelajaran malahan dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari mereka dalam situasi dunia sebenar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5