mytutor_mobile
Profile Picture

Nik Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Spm

Machang, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai. Saya Wani. Saya baru sahaja menamatkan pengajian saya di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Proses dan Makanan (Sarjana Muda). Saya amatlah berminat dalam mengajar terutama subjek matematik oleh kerana matematik adalah kekuatan utama saya sebagai pelajar jurusan kejuruteraan yang sentiasa mengaplikasikan matematik dalam setiap tugasan yang diberikan pada saya. Selain itu, saya juga mahir dalam subjek Bahasa Melayu di mana saya dapat skor A+ ketika menduduki SPM. Boleh dikatakan, saya juga seorang yang sangat penyabar apabila saya mengajar seseorang kerana saya sememangnya tidak gemar belajar dan mengajar dalam keadaan yang stress. Saya juga suka mengikuti sikap pelajar yang saya ajar itu sendiri sama ada sejenis yang cepat belajar atau memerlukan sedikit masa dalam menghadam apa yang diajar. Hal ini kerana, saya percaya bahawa proses pembelajaran seseorang itu adalah berbeza, namun tujuannya adalah tetap sama apabila berbekalkan usaha yang baik maka kejayaan itu pasti dicapai. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman menjadi tutor secara profesional, namun saya amatlah yakin dengan kredibiliti saya dalam mengajar berbekalkan pengetahuan saya yang telah perolehi sepanjang saya menjadi seorang pelajar. Selain itu, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan subjek-subjek sekolah rendah dan sekolah menengah rendah disebabkan saya sering mengajar pelajar-pelajar ini secara tidak langsung. Perkara ini lagi memudahkan saya untuk mengajar anak-anak anda.
Teknik Pengajaran
Untuk teknik pengajaran, saya lebih suka memperkenalkan cara yang lebih mudah kepada pelajar supaya mereka mudah faham dan ingat, contohnyo bina akronim. Selain tu, saya suka memberi tunjuk ajar secara jelas satu persatu kepada pelajar sehingga mereka betul-betul faham apa yang saya ajar sebelum saya beralih mengajar topik yang seterusnya. Saya juga suka memberi peluang kepada pelajar itu untuk menyatakan pendapatnya terlebih dahulu tentang subjek yang diajar untuk menggalakkan mereka supaya berfikir positif bahawa mereka juga sebenarnya bijak dalam belajar. Saya suka menggunakan konsep analogi yang berkaitan dan juga konsep buah fikiran di mana saya cuba mengajukan beberapa persoalan dan perumpamaan yang akhirnya membantu pelajar itu sendiri untuk mendapatkan jawapan untuk setiap tugasan mereka. Saya suka mengajar dalam keadaan santai supaya pelajar tidak mudah berasa tertekan malah berasa seronok belajar dengan saya sambil berdiskusi antara satu sama lain.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6