Profile Picture

Nur Ainin *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis

Kangar, Perlis

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Nur Ainin Sofiya Binti Mohd Shukri, berumur 24 tahun dan merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESOL) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Major saya adalah Bahasa Inggeris dan subjek minor saya adalah Multimedia Interaktif. Saya baru sahaja menamatkan Latihan Mengajar di sebuah sekolah menengah di Perak. Sejurus itu, saya secara tidak langsung telah tamat pengajian di Universiti dan masih menunggu untuk mendapat transkrip Ijazah yang akan dikeluarkan pada bulan Oktober nanti. Pengalaman mengajar saya adalah saya pernah mengajar Bahasa Inggeris murid tingkatan dua dan murid tingkatan empat. Saya boleh mengajar Bahasa Inggeris kepada semua peringkat umur dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Saya pernah mengadakan tusyen peribadi di rumah untuk pelajar sekolah rendah. Selain bahasa Inggeris, subjek yang saya boleh mengajar adalah Bahasa Melayu, Geografi ,Sejarah dan juga Pengajian Am bagi pelajar Tingkatan Enam. Hal ini kerana, saya merupakan lepasan STPM sebelum saya melanjutkan pelajaran di Universiti. Kefahaman dan keceriaan pelajar dalam kelas adalah keutamaan saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya bergantung kepada tahap pemahaman murid saya. Selain teknik bercerita dan latihan, saya menggunakan teknik pedagogi yang bersesuaian agar murid bersemangat dan faham dalam kelas saya. Jika murid saya adalah 'poor proficiency' atau 'Basic user' dalam Bahasa Inggeris, saya akan lebih menumpukan kepada latihan tatabahasa ataupun 'Grammar'. Hal ini demikian kerana, perkara asas dalam Bahasa Inggeris seperti 'Grammar' dan 'Vocabulary' perlu difahamkan kepada anak-anak murid yang masih berusaha untuk memahami subjek Bahasa Inggeris. Saya pernah mengajar anak-anak murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris, jadi saya menekankan aspek 'Grammar' kepada mereka, selain itu saya lebih mengutamakn teknik 'Teacher-Centred' dan 'Rapid-drilling' kepada anak-anak murid yang lemah dalam subjek ini untuk meningkatkan kefahaman mereka. Untuk anak-anak murid yang sederhana atau tinggi pengetahuan dalam Bahasa Inggeris, saya lebih menekankan teknik 'Student-centred' dan 'Autonomous Learner', hal ini demikian kerana, mereka sudah mempunyai asas Bahasa Inggeris yang baik tetapi perlu diasah dengan bimbingan guru sahaja. Teknik ini merupakan teknik yang memfokuskan kepada murid, murid sendiri yang perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah tetapi dengan bantuan guru. Teknik ini juga amat baik digunakan untuk menjadikan murid sebagai murid yang berdikari dan dapat berfikir secara kreatif. Walaupun begitu, untuk kesemua tahap, saya akan mengajar mengikut DSKP setiap darjah atau tingkatan supaya apa yang murid saya belajar, mereka dapat aplikasikannya dalam bilik darjah dan juga dapat membantu mereka dalam peperiksaan kelak.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BM Darjah 5, Darjah 6
Geografi Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6