Profile Picture

Norhaiza Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Kejuruteraan Elektronik Komputer

Ampang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Haiza. Saya mula mengajar pada tahun 2019 sebagai guru tuisyen di pusat tuisyen dan kini menjadi tutor sepenuh masa. Saya juga mengajar subjek agama di sekolah tadika cina bagi pelajar islam. Subjek major yang boleh saya ajar ialah Matematik dan Sains, manakala subjek bahasa merupakan subjek minor. Saya seorang yang peramah, ceria dan mesra supaya pelajar tidak segan dan malu bertanya. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pembelajaran yang sedang dijalankan. Jadikan saya tutor anda jika berminat.
Teknik Pengajaran
Saya berkemahiran dalam menyediakan pelbagai formula agar pelajar dapat memilih formula yang mereka faham. Saya juga mahir mengendalikan pelajar lemah terutama subjek Matematik. Pendekatan saya untuk mengajar subjek sains ialah mengutamakan kata kunci bagi setiap istilah sains. Saya suka menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar seperti bercerita. Penggunaan media elektronik dan belajar sambil bermain juga adalah teknik pengajaran saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 1
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 1
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 1
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 1
Prasekolah - 3M Tadika