Profile Picture

Nurezzati Nadhirah *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Stpm

Sekolah Menengah (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Nadhirah. Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Malaya, mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Pengalaman saya sebagai guru bermula sejurus selepas habis SPM. Saya merupakan salah seorang guru sukarelawan yang membantu sebuah NGO untuk mengajar kelas tambahan kepada anak-anak yang kurang berkemampuan. Antara subjek yang saya ajar ialah Matematik Tahun 3-6 dan Bahasa Inggeris Tahun 3-6. Saya juga boleh mengajar subjek Bahasa Melayu untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi ibu bapa yang ingin mencari guru Pendidikan Seni Visual juga boleh hubungi saya. Untuk ibu bapa yang mencari tutor di Sarawak, saya akan menjalankan kelas secara atas talian. Manakala bagi ibu bapa yang mencari tutor secara fizikal, boleh hubungi saya bagi kawasan berdekatan Damansara Utama, Bangsar, Kerinchi dan Pantai Dalam. Saya juga berpengalaman dalam mengajar anak-anak autisme dan PPKI.
Teaching Method(s)
Antara teknik pengajaran yang saya gunakan ialah teknik penceritaan. Pada pendapat saya, pelajar pada masa kini lebih cenderung untuk memahami sesuatu dalam bentuk bercerita. Mereka lebih senang untuk faham dan menumpukan perhatian. Selain itu, saya juga menggunakan teknik meniru. Teknik ini adalah apabila saya membenarkan pelajar untuk meniru jawapan yang sedia ada semasa menjawab soalan. Hal ini adalah untuk memudahkan mereka menjimat masa dan memahami corak menjawab soalan. Saya juga menggunakan kaedah peta minda bagi pelajar yang lebih cenderung untuk belajar secara visual.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
P. Islam Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Membaca - BM Darjah 6
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 5