Profile Picture

Yorekha Shery *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - English Language & Literature Studies

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Yorekha. Saya berpengelaman lebih dari 2 tahun dalam mengajar prasekolah. Major saya Bahasa Inggeris tetapi saya juga berpengalaman dalam mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Saya juga mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengajar kanak-kanak istimewa sama ada dalam sesi 'one-to- one' atau kumpulan kecil. Saya merupakan seorang pengajar yang mempunyai dedikasi yang tinggi dalam mendidik, membimbing dan bermatlamat tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid. Saya ceria, suka merasa dekat dengan anak murid agar mereka lebih terbuka untuk belajar tetapi tegas dalam memastikan mereka berdisiplin dalam kelas serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Jadikan saya tutor anda pada hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik 'creative learning' atau aktiviti belajar sambil bermain dalam kelas agar murid bersemangat dan tidak bosan untuk belajar. Selepas sesi 'creative learning' selesai, saya akan memperkukuhkan murid dengan latihan. Saya juga menggunakan pelbagai pendekatan mengikut keperluan murid. Di akhir kelas, saya akan membuat sesi soal & jawab untuk memastikan murid faham dan mereka juga boleh bertanya. Kecemerlangan dan semangat untuk belajar anak murid adalah visi saya untuk mengajar.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Tadika
Matematik Darjah 1, Tadika
Membaca - BM Darjah 1, Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Tadika
Sains Darjah 1, Tadika
Bahasa Iban Darjah 1