Profile Picture

Siti Syazwani *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Of Science (Built Environment)

Sungai Petani, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Wani. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama beberapa tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Namun, saya lebih tumpu kepada subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi sekolah rendah. Saya juga terbuka untuk mengajar subjek lain yang dirasakan perlu penekanan dan peningkatan. Bagi saya. pembelajaran secara santai tetapi berdisiplin dapat memberi ruang kepada pelajar untuk lebih meminati dan fokus terhadap sesuatu subjek. Saya juga mengharapkan kejayaan pelajar sebagaimana ibubapa harapkan.
Teknik Pengajaran
1. Perkara yang paling utama yang akan dilakukan adalah KENALPASTI PUNCA KELEMAHAN pelajar. Dari situ, pelbagai jenis pendekatan akan digunapakai.
2. Saya akan lebih fokus kepada silabus pembelajaran di sekolah supaya tidak ada kecelaruan kepada pelajar.
3. Teknik dan pendekatan yang lebih mudah difahami akan diaplikasi kepada pelajar.
4. Teknik nota dan menjawab soalan peperiksaan akan diberikan supaya pelajar dapat membiasakan diri terutamanya pengurusan masa dalam menjawab soalan.
5. Saya akan mengikuti perkembangan pelajar daripada ibubapa. Oleh itu, komunikasi antara tutor dan ibubapa juga perlu dalam membantu pelajar berjaya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6