mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Hidayah *******

(Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Phd In Civil Engineering

Kuching, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nurul, merupakan guru mengajar al-quran dan iqra secara online. Berpengalaman kurang setahun dalam mengajar pelajar perempuan dewasa (remaja dan orang tua). Pernah mengajar secara fizikal selama setahun di Pusat Tusyen bagi subjek matematik tingkatan 4.
Teknik Pengajaran
Pembelajaran termasuklah pengenalan huruf hijaiyyah, makhraj huruf dan latihan sebutan, serta tajwid dan aktiviti tebuk tajwid sebagai penilaian akhir untuk pelajar dalam setiap topik. Pelajar juga dikehendaki menjawab kuiz online bagi menguji dan menambah kefahaman yang sedia ada. Kaedah penerangan berdasarkan konsep peta minda dengan alat bantu mengajar online seperti jamboard atau whiteboard beserta pdf al-Quran/IQRA. Lazimnya, nota akan diberikan namun tidak isi dengan banyak input untuk menggalakan pelajar memberikan tumpuan penuh disamping mencatat nota berdasarkan kefahaman mereka. Teknik mengulang juga diterapkan pada setiap bab yang telah dipelajari untuk mengukuhkan ingatan dan kefahaman pelajar dalam topik yang telah dipelajari. Kaedah yang saya terapkan dalam pembelajaran setakat ini menerima respon yang positif dari pelajar, yang kebanyakkannya mengatakan ia mudah difahami, jelas, dan tidak keliru.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Dewasa