mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Syaheenah *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bachelor Of Occupational Safety & Health With Honours (Universiti Malaysia Pahang)

Kulai Jaya, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai! Saya Cikgu Syaheenah. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman dalam mengendalikan kelas persendirian dan juga berkumpulan selama 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Saya juga mengajar subjek Kimia yang merupakan subjek kegemaran saya. Saya seorang tutor yang berdedikasi dan sangat komited pada tugas saya sebagai guru demi menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada pelajar saya. Saya bertanggungjawab untuk mencari kelemahan pelajar saya demi membantu mereka mengatasi kelemahan mereka. Sebagai seorang guru, saya bertanggungjawab memberi tunjuk ajar sebaik mungkin kepada pelajar yang lemah. Untuk meningkatkan kecermelangan dan prestasi pelajaran anak anda, hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Sepanjang pengajaran saya, saya banyak menggunakan Teknik latih tubi.Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Saya akan membiasakan pelajar saya dengan pelbagai jenis bentuk soalan sehingga mereka mahir dalam topik tersebut. Saya juga dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu dengan menggunakan teknik kuiz. Saya juga menggunakan teknik kuiz sebagai aktiviti pertandingan antara pelajar supaya dapat menarik minat pelajar untuk lebih bersungguh mengulang kaji. Selain itu, bermain merupakan satu pendekatan yang memberikan peluang kepada pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan selain melahirkan perasaan meneroka serta mencuba dan juga dapat meningkatkan kemahiran. Pelbagai pendekatan lain yang saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kecermelangan prestasi para pelajar saya merupakan matlamat saya.
Penilaian & Maklumbalas

Farhana Binti Fadzil : Mengaji - Al-Quran

Sangat baik & friendly dgn kanak kanak.

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Mengaji