Profile Picture

Nur Irlyani *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Biomedical Engineering

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang lepasan ijazah sarjana muda kejuruteraan bioperubatan di Universiti Malaya. Sedang menunggu hari konvokesyen pada bulan November akan datang. Saya seorang yang sentiasa mencuba untuk beri yang terbaik dalam apa sahaja yang saya lakukan sesuai dengan kemampuan saya sekiranya diizinkan Allah. Saya mempunyai pengalaman sebagai seorang tutor sejak tahun 2019 selepas tamat pengajian asasi di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Seorang yang berdisiplin tentang masa dan pandai menguruskan urusan. Saya akan cuba memastikan anak didik saya berasa seronok sewaktu proses pengajaran dan pembelajran. Saya juga akan mencuba sedaya upaya saya untuk mengaitkan apa yang dipelajari dengan praktikaliti di dunia luar agar ilmu mereka tidak sekadar di atas kertas sahaja. Jadikanlah saya tutor anda. InshaAllah, semoga saya dapat memberi manfaat kepada anda.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya berfokus kepada penguasaan perkara asas (back to basic). Amatlah penting untuk memahami konsep bagi satu-satu ilmu. Saya akan menggunakan teknik mengajar secara repetisi dan beransur-ansur. Ini adalah untuk memudahkan sesuatu konsep itu mudah difahami dan mudah diingati oleh bakal anak didik saya. Sekiranya perlu, saya akan menyediakan BBM yang bersesuaian bagi melancarkan proses PDP. InshaAllah, saya cuba untuk menerapkan penguasaan ilmu secara holistik dalam diri anak didik saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3