Profile Picture

Muhammad Ammar *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Education (Accounting) (Universiti Utara Malaysia)

Bangan Serai, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Muhammad Ammar Syahmi bin Sulaiman yang juga mesra dipanggil 'Cikgu Ammar' oleh para pelajar. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan selama 8 bulan iaitu 2 bulan sebagai tutor dan 6 bulan sebagai seorang guru praktikal di sekolah. Walaupun tempoh pengalaman saya kurang daripada setahun, saya terus berusaha mendidik pelajar dengan baik. Pengalaman banyak mengajar kepada pelajar sekolah menengah di mana subjek major ialah Prinsip Perakaunan manakala minor adalah subjek Sejarah. Saya juga pernah terlibat dalam beberapa program motivasi berkaitan akademik terutamanya melibatkan subjek Prinsip Perakaunan walaupun tempoh pengalaman yang kurang. Saya berjanji saya akan memberi komitmen terhadap tugas sebagai seorang pendidik. Nak anak anda dapat kuasai cemerlang dalam akademik? Jangan lupa hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Saya mengamalkan teknik-teknik pengajaran yang pelbagai bergantung kepada subjek dan kemampuan pelajar sepanjang tempoh 8 bulan. Bagi subjek Prinsip Perakaunan, saya menggunakan teknik 'susunan langkah' di mana pelajar diajar mengikut langkah-langkah yang disusun mengikut aturan secara tahap daripada tahap asas kepada tahap sukar. Melalui teknik tersebut, pelajar diajar bermula dengan konsep asas sehingga kepada teknik pengiraan dan perekodan akaun yang lebih sukar. Hal ini bagi memastikan kefahaman pelajar dapat dipantau dari semasa ke semasa bagi suatu topik. Antara teknik yang diselit adalah seperti latih tubi, permainan (games) dan soal jawab. Subjek Sejarah juga banyak menekankan aplikasi penggunaan peta minda dalam nota Sejarah. Hal ini bagi membantu pelajar untuk menguasai fakta Sejarah. Saya juga terlibat dalam tips menjawab esei sejarah dan juga soalan KBAT. Saya juga banyak mengaplikasikan teknik permainan (games) dalam pengajaran Sejarah. Saya banyak menggabungkan elemen kuiz dan elemen permainan dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4
Perniagaan Tingkatan 4