Profile Picture

Nazratul Ain *******

(Dalam Talian)

Sijil - Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu

Yan, Kedah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nad. Saya merupakan seorang bakal guru yang baru menceburi bidang tutor. Saya merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Walaupun belum bergelar seorang guru secara rasmi, saya mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah selama 3 bulan pada akhir tahun 2022. Saya juga merupakan guru mengaji Iqra & Al- Quran secara atas talian hampir 10 bulan.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pelbagai teknik semasa mengajar agar bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Bagi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur. Teknik didik hibur ini bukan sahaja dapat membantu saya sebagai guru untuk mencapai objektif pembelajaran, malah ianya juga dapat memberikan keseronokan kepada murid untuk belajar. Saya juga akan menyediakan soalann- soalan kefahaman berkaitan topik pembelajaran dengan menggunakan aplikasi yang pelbagai. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Pembelajaran yang menyeronokkan dalam mencapai kecemerlangan merupakan matlamat utama saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6