mytutor_mobile
Profile Picture

Muhd Haziq *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Engineering (Universiti Putra Malaysia)

Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan lulusan bidang kejuruteraan daripada Universiti Putra Malaysia. Saya juga merupakan lepasan aliran sains tulen agama ketika SPM. Saya sedang melanjutkan pengajaran dalam diploma pendidikan lepasan ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya memutuskan untuk memulakan kerjaya di platform ini untuk melatih dan menggilap cara mengajar yang akan dipraktikkan di sekolah apabila sudah habis pengajian diploma pendidikan. Saya boleh mengajar subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi peringkat sekolah menengah dan rendah.
Teknik Pengajaran
Saya akan menerangkan secara ringkas tentang asas sesuatu topik dan subtopik dan lebih suka memfokuskan kepada amali murid. Walau bagaimanapun, saya juga boleh lebih fleksibel dengan cara pembelajaran. Saya boleh mengajar mengikut cara yang bersesuaian mengikut kadar kemampuan murid kerana bagi saya tidak ada gunanya jika pelajar belajar pada tempoh yang lama tapi tidak menguasai mata pelajaran tersebut.

Saya juga suka mengaitkan pembelajaran dengan hal-hal yang lebih dekat dengan kehidupan harian supaya pelajar kurang terbeban dan lebih terbuka dengan mata pelajaran. Ini sekaligus dapat melatih fikiran pelajar menjadi lebih kreatif dan meluas dalam penilaian seharian serta beradaptasi dengan cara hidup masyarakat yang pelbagai. Pendidikan bukan hanya sekadar menjadikan pelajar sebagai penerima ilmu semata-mata tetapi juga lebih kritis dan kreatif terhadap tafsiran informasi yang diterima supaya pelajar khusunya masyarakat mampu menjadi lebih cekal pada era yang penuh dengan cabaran.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 6
Matematik Darjah 6, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 3
Sains Darjah 6
P. Islam Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 6, Tingkatan 3
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 6
Bahasa Arab - Third Language Darjah 6