Profile Picture

Nur Shaqira *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sains Sosial

Kepong, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Bella. Saya merupakan lulusan STPM dan kini merupakan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya mempunyai pengalaman menjadi seorang tutor selama 1 tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah. Saya berkebolehan mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pengajian Am ( STPM )kerana saya merupakan pelajar terbaik Bahasa Melayu di peringkat STPM dan SPM. Saya juga boleh mengajar subjek Bahasa Inggeris kerana saya telah memperolehi MUET Band 4.5 semasa STPM. Tambahan lagi, saya mampu mengendalikan pelajar dengan baik dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam mengajar. Semasa zaman belajar di peringkat STPM, saya pernah membimbing rakan sekelas saya yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu sehingga mendapat gred A dalam keputusan peperiksaaan akhir.
Teknik Pengajaran
Saya mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar. Hal ini kerana, pelajar lebih cenderung untuk mengingati input-input yang telah dipelajari dengan baik apabila ianya diserap dengan baik dalam minda. Saya menggunakan pendekatan nota ringkas kerana ianya merupakan salah satu teknik belajar yang saya gunakan sehingga kini dan teknik ini sangat ringkas dan tidak mengambil masa yang lama. Pencapaian pelajar yang bermula daripada lemah hingga cemerlang merupakan tujuan saya mengajar dan berterusan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6