Saya Tutor Syakilah. Saya mempunyai pengalaman menjadi tutor kepada calon-calon SPM 2021 dan mengajar subjek Biologi secara atas talian. Selain Biologi, saya juga berpengalaman menjadi 'guru muda' bagi subjek Kimia di bangku sekolah dahulu dan mengajar rakan-rakan saya. Kini, saya merupakan seorang sukarelawan di Petrosains yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan STEM dan berinteraksi dengan pelbagai jenis pelajar bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.
Teaching Method(s)
Saya suka membantu pelajar dari segi memahami pembelajaran yang kompleks kepada lebih mudah dan menitikberatkan aspek visual. Saya juga boleh membimbing pelajar untuk mempelajari cara-cara membuat nota serta menyediakan nota yang padat dan ringkas untuk difahami. Saya menggunakan teknik mengaitkan pembelajaran dengan analogi dan aplikasi kehidupan seharian supaya pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam.