mytutor_mobile
Profile Picture

Wan Mezanie *******

(Bersemuka)

Sarjana(master) - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Pendidikan (perakaunan) & Sarjana Pendidikan (pentadbiran Pendidikan)

Putrajaya, WP Putrajaya

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Wan merupakan seorang guru akaun dan perniagaan. Mempunyai pengalaman mengajar selama 22 tahun di sekolah menengah dalam mata pelajaran akaun dan perniagaan. Telah melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam Prinsip Akaun dan Perniagaan. Mempunyai kemahiran dalam membuat modul latihan dan cara untuk menjawab soalan dengan baik mengikut kehendak soalan. Nak anak semakin yakin dan bersemangat untuk belajar sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang boleh hubungi saya untuk menjadi tutor kepada anak anda hari ini. Yang penting usaha selebihnya tawakal.
Teknik Pengajaran
Saya akan membuat pengukuhan kepada tajuk asas melalui kefahaman melalui pelbagai teknik mengikut kepada aras pelajar dan seterusnya akan membuat latihan agar pelajar akan berasa yakin dan mesra dengan pelbagai jenis soalan (Akaun) dan melalui pelbagai kaedah dan cara untuk menjawab soalan bagi subjek Perniagaan berdasarkan kepada peruntukan markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan akan menjelaskan fahaman pelajar kepada bentuk soalan yang dikemukakan agar pelajar tidak tersalah menjawab soalan. Saya juga akan menggunakan pelbagi pendekatan bergantung kepada situasi dan keadaan pelajar bagi memastikan pelajar seronok dan berminat dengan topik yang diajar dan faham. Matlamat utama saya adalah supaya anak didik saya faham dan menjadi seronok serta mendapat kepuasan apabila dapat menjawab soalan dengan betul mengikut format dan skema yang ditetapkan.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 2, Darjah 1