Profile Picture

Amirah Ainin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Arabic As International Communication (International Islamic University Malaysia, Iium Pagoh, Johor)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Walaupun masih baru dalam dunia pendidikan, namun saya sangat berdedikasi untuk mengajar. Dengan berlatarbelakangkan pendidikan formal dalam bidang Bahasa Arab sebagai Komunikasi Antarabangsa saya pasti dapat membantu pelajar yang baru berjinak dalam mempelajari Bahasa Arab Komunikasi. Saya memiliki komitmen kuat untuk membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka dalam pembelajaran, dengan kemampuan untuk menjelaskan konsep yang kompleks dengan cara yang mudah difahami. Saya juga boleh berbahasa Arab secara fusha (formal) yang memungkinkan saya untuk membantu pelajar dalam memahami dan menguasai bahasa Arab dengan baik. Saya sangat bersemangat untuk terlibat sebagai tutor di MyTutor.my dan membantu pelajar mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya akan merujuk kepada silibus yang diajarkan oleh guru di sekolah. Bezanya cuma saya akan cuba mengolah supaya Bahasa Arab mudah difahami dan dihayati oleh pelajar. Sehubungan dengan itu, saya juga akan menggabungkan pelbagai sumber belajar termasuklah nota ringkas, pautan video rujukan serta aplikasi bahasa arab demi memberikan variasi dalam pembelajaran. Hasil daripada teknik pengajaran ini dapat mendalami gaya pembelajaran seperti visual dan auditori.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Dewasa, Tadika
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Bahasa Arab KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5