Profile Picture

Sabrina Suhaimi

(Online)

Diploma / Stpm - Degree In Chemistry

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum Saya Teacher Sabrina mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Kimia. Pembelajaran kimia adalah kepakaran saya. Mempunyai pengalaman mengajar selama 4 tahun. Pengalaman saya mengajar di sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam pembelajaran memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan pelajar yang selain dari berbangsa melayu juga.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan lebih kepada pemahaman bukan hafalan semata-mata. Dalam subjek sains, penting untuk kita kaitkan setiap topik dengan topik-topik yang lain untuk pemahaman yang lebih mendalam. Modul-modul latihan semasa sangat penting saya gunakan untuk memastikan setiap pelajar mendapat cara dan teknik-teknik menjawab soalan yang betul. Teknik-teknik pengajaran yang lain seperti lukisan berwarna, gambar dan ilustrasi, video-video dan permainan juga saya gunakan di dalam kelas menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menarik minat pelajar, InsyaAllah.
Subject
Subject School Level
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4