mytutor_mobile
Profile Picture

Irsyad Aiman *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains Sukan Dan Rekreasi

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
-Saya merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan telah menamatkan pengajian dengan anugerah “First Class”. Saya seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. -Saya merupakan seorang yang bermotivasi dan berkeinginan tinggi dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu kepada pelajar. Saya akan berpuas hati sekiranya pelajar faham dan dapat mengaplikasikan apa yang telah diajarkan. Namun, sekiranya pelajar masih kurang faham saya akan mengambil alternatif lain untuk membantu pelajar tersebut. Minat saya yang mendalam dalam dunia pendidikan dapat dilihat apabila saya telah meneruskan langkah dengan menyambung pelajaran saya dalam program Diploma Pascasiswazah di Universiti Malaya. Saya yakin, saya mampu untuk membimbing dan membantu para pelajar untuk terus bersemangat menimba ilmu dan membantu mereka untuk menyelesaikan segala kekusutan dan ketidakfahaman terhadap sesuatu tajuk. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik persamaan antara teori dan kejadian alam bagi membantu pelajar untuk mudah faham dan mudah untuk mengadaptasikannya. Selain itu, saya juga akan menggunakan teknik didik hibur supaya pelajar terus bersemangat dan tidak mudah bosan. Seterusnya, saya akan menggunakan teknik soal jawab di akhir kelas mahupun di awal kelas berikutnya, bagi mengetahui tahap kefahaman pelajar bagi sesuatu tajuk.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Prasekolah - 3M Darjah 1
Mengaji - Iqra Darjah 2
P. Islam Tingkatan 5