Profile Picture

Siti Athirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science (Hons.) Culinary Arts Management ( Universiti Teknologi Mara )

Bandar Puncak Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan lepasan ijazah sarjana muda yang telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang . Sepanjang pengajian saya , setiap kali cuti semester saya akan mengajar beberapa orang pelajar di kampung halaman saya . Saya mula mengajar pelajar di kampung halaman saya sejak berada di bangku sekolah menengah. Semasa berada di bangku sekolah menengah saya mengajar kanak kanak sekolah rendah dalam matapelajaran Matematik dan English . Begitu juga semasa berada di peringkat pengajian Ijazah Sarjana . Saya mengajar pelajar di kampung halaman saya dalam matapelajaran Matematik dan English sekolah rendah dan menengah .
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang sering saya gunakan adalah pengajaran berasaskan tugasan. Saya akan memastikan setiap pelajar memahami konsep sesuatu tajuk dan menyediakan mereka pelbagai jenis tugasan. Khususnya dalam matapelajaran matematik. Bagi saya, matematik merupakan matapelajaran yang memerlukan banyak latihan. Oleh itu, pengajaran berasaskan tugasan adalah berkesan bagi memberi pemahaman yang mendalam kepada para pelajar. Selain itu, saya menggunakan teknik hiburan dalam penyampaian pengajaran saya, supaya saya mendapat perhatian penuh daripada para pelajar saya.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1