Profile Picture

Nur Hayati *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Of Science In Construction Engineering

Chukai, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamulaikum, saya cikgu Hayati. Saya berkelulusan dalam "Master of Science in Construction Engineering". Saya mempunyai pengalaman mengajar dari tahun 2013. Semasa menyambung pengajian saya di peringkat "Master" saya bekerja sebagai tenaga pengajar iaitu "Postgraduate Teaching Assistance" yang memegang kelas untuk mengajar & tutorial untuk mata pelajaran Matematik, Calculus, Structural Design, Further Differential Equations & Management. Manakala untuk home tutor, saya mengajar mata pelajaran Sains, Matematik & Matematik Tambahan untuk peringkat sekolah rendah & sekolah menengah. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar pelajar OKU.
Teknik Pengajaran
Semua sesi pengajaran saya, saya akan menyenaraikan apa yang akan dipelajari di dalam satu bab/topik sebelum memulakan pengajaran bagi sesuatu bab/topik baru kepada pelajar sama ada dalam bentuk peta minda ataupun ringkasan yang mudah difahami pelajar.

Oleh itu, pelajar mudah memahami apa yang dipelajari dan di dalam setiap kali pembelajaran saya akan bertanya secara spontan kepada pelajar topik-topik lepas supaya pelajar tidak mudah lupa walaupun sedang belajar topik baru.

Saya juga menekankan pelajar saya untuk "highlightkan" catatan penting & rumus penting untuk setiap mata pelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5