mytutor_mobile
Profile Picture

Sarah Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Economics (ukm)

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Sarah merupakan tutor yang mengajar subjek Ekonomi sebagai subjek major dan Matematik dan Bahasa Melayu sebagai subjek minor dalam dunia pendidikan. Saya mempunyai latar belakang dalam bidang Perakaunan, Ekonomi dan Matematik sejak sekolah menengah sehingga Universiti. Saya yakin saya boleh berkongsi sebanyak yang boleh ilmu yang telah dipelajari dan juga teknik-teknik yang membolehkan saya skor dalam subjek tersebut kepada pelajar-pelajar saya. Misi saya adalah untuk membantu pelajar memperoleh bimbingan dan sokongan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan terhadap subjek tertentu dan pada masa yang sama untuk memupuk keupayaan mengajar dan keyakinan diri dalam bidang yang saya ajar. Visi saya untuk menjadi tutor yang berkesan serta dipercayai dalam komuniti pembelajaran.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya akan gunakan terutama dalam kaedah kira-kira adalah yang pertama dengan memberi pendedahan amat mendalam terhadap asas-asas konsep matematik terlebih dahulu. Saya akan membantu pelajar dan memberikan contoh-contoh yang praktikal dan latihan yang melibatkan situasi sebenar dalam kehidupan. Yang kedua, menggunakan kata akronim dan teknik yang mudah untuk pelajar mengingati mengingat formula atau sesuatu perkara dengan lebih baik. Saya juga seorang tutor yang ceria dan sentiasa memastikan bahawa setiap pelajar saya seronok dan faham setiap ilmu pendidikan yang saya kongsikan walau sesukar mana keadaan sekali pun. Melahirkan pelajar yang cemerlang dengan cara didikan yang profesional dan menghiburkan dapat membentuk seorang pelajar cinta akan ilmu dan mengasah motivasi mereka untuk terus belajar demi kecemerlangan kehidupan akan datang.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 2
Mengaji - Iqra Tadika
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BM Darjah 2
Pendidikan Moral Darjah 2, Darjah 3, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 3, Tingkatan 1, Darjah 2, Mengaji
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5