Profile Picture

Anis Sulaikha *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Mathematical Sciences (Uiam Kuantan)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan semua, saya Cikgu Anis dan saya teruja untuk memperkenalkan diri saya sebagai tutor matematik. Saya memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Matematik daripada Universiti Islam Antarabangsa dan sekarang menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama. Saya mempunyai minat yang tinggi dalam mengajar terutamanya subjek Matematik dan kini saya telah menceburi bidang tutor selama hampir 2 tahun. Sepanjang karier saya sebagai seorang tutor, saya berpeluang untuk bekerja dengan pelbagai pelajar, setiap satu dengan cabaran dan cita-cita unik daripada sekolah rendah dan menengah sama ada melalui kelas secara fizikal mahupun dalam talian. Perlukan saya sebagai tutor anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya percaya bahawa semua orang berpotensi untuk cemerlang dalam matematik. Saya berusaha untuk mencipta pelan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan setiap pelajar dan membina kekuatan mereka. Teknik pengajaran saya adalah interaktif dan student-centered. Penggunaan aplikasi seperti Kahoot, Educandy dan WordWall dimanfaatkan bagi mewujudkan suasana yang interaktif dan lebih kondusif. Dalam konteks bahan pembelajaran, saya menyediakan nota revisi lengkap bagi setiap bab yang diajar dalam bentuk peta minda yang ceria dan berwarna-warni agar mudah difahami dan diingati oleh pelajar. Saya memberikan penerangan yang jelas, menawarkan banyak latihan dan memastikan pelajar memahami setiap konsep sebelum beralih kepada topik selanjutnya. Bagi kelas secara dalam talian, saya menyediakan slide presentation untuk melancarkan proses pembelajaran. Saya juga memanfaatkan platform seperti Google Classroom untuk memuat naik segala bahan kelas untuk memudahkan pelajar merujuk kembali dan mengulang kaji.
Penilaian & Maklumbalas

Muhamad Radzi Bin Johari : Matematik

Sangat menepati masa dan banyak membantu pemahaman terhadap subjek

Muhamad Radzi Bin Johari : Matematik

Sangat menepati masa dan banyak membantu pemahaman terhadap subjek

Muhamad Radzi Bin Johari : Matematik

Sangat menepati masa dan banyak membantu pemahaman terhadap subjek

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5