mytutor_mobile
Profile Picture

Afiqah Aqilah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan (kepujian)/universiti Kebangsaan Malaysia

Banting, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan! Saya harap anda teruja seperti saya untuk memulakan perjalanan pembelajaran yang luar biasa ini bersama-sama. Nama saya Afiqah. Saya mempunyai latar belakang ijazah dalam bidang Sains dan Biologi, saya baru sahaja menyelesaikan latihan mengajar DPLI di sebuah sekolah rendah. Dengan semangat untuk pendidikan dan komitmen untuk kejayaan anda, saya di sini untuk membimbing, menyokong dan memberi inspirasi kepada anda dalam setiap langkah. Saya juga seorang tutor yang ceria dan sentiasa memastikan bahawa anda seronok dan faham setiap ilmu pendidikan yang saya kongsikan. Adakah anda telah bersedia untuk pelajaran yang menarik, perbincangan yang menggugah fikiran dan keseronokan semasa kita meneroka dunia Sains yang menarik?
Teknik Pengajaran
Terdapat beberapa teknik pengajaran yang saya gunakan bergantung pada keadaan/situasi.

Pertama, saya cuba untuk memahami terlebih dahulu gaya komunikasi dan pembelajaran anda sebelum saya memulakan sesi bimbingan. Bagi saya, wajar untuk mengetahui minat anda supaya senang mendekati cara pembelajaran anda.

Kedua, saya menggunakan pendekatan pengajaran secara elektif supaya anda menguasai konsep berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.

Ketiga, saya akan menggunakan strategi pengajaran berpusatkan bahan seperti penggunaan multimedia, video interaktif, aktiviti permainan, buku kerja, kertas soalan dan panduan buku teks. Ini memberi peluang kepada anda untuk melatih dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

Akhir sekali, saya juga akan membimbing anda untuk menjawab soalan berbentuk peperiksaan supaya anda akan terbiasa dengan teknik/kaedah menjawab soalan dan membuat persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6