Profile Picture

Sahira

(Dalam Talian)

Sijil - Matrikulasi

Kolej Matrikulasi Johor (Telah Bergraduasi)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Sahira. Saya merupakan pelajar Sarjana Muda TESL di Universiti Malaya (CGPA 3.90), bekas graduan KMJ dengan CGPA 3.75 dan memperolehi 8A dalam SPM. Subjek bahasa English merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan. Saya boleh bertutur fasih dalam Bahasa Melayu, English dan Mandarin. Saya berpengalaman untuk mengajar tusyen kepada kumpulan kecil dan one-on-one. Ibu bapa turut memberi maklum balas yang baik kerana saya dapat menyesuaikan diri mengikut tahap penguasaan pelajar dan membantu mereka untuk mempraktik bahasa English. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pendekatan yang dinamik dan berpusatkan pelajar untuk memastikan sesi pembelajaran yang berkesan. Saya mula dengan menilai tahap penguasaan dan matlamat pembelajaran setiap pelajar untuk menyesuaikan pengajaran saya. Pengajaran saya berdasarkan aktiviti yang interaktif dan merangkumi kemahiran membaca, menulis, bertutur, dan mendengar. Saya menggunakan sumber multimedia seperti video dan latihan interaktif untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang dua hala. Secara keseluruhan, matlamat saya adalah mencipta kelas maya yang menyokong dan memotivasikan di mana pelajar boleh mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka dengan semangat dan berjaya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4