Profile Picture

Nur Sakinah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) Dengan Kepujian

Selekoh, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Miss Sakinah. Saya memiliki pengalaman mengajar murid sekolah menengah selama 1 tahun secara totalnya dan baru sahaja menceburi bidang tutor untuk murid sekolah rendah selama 2 bulan. Biologi merupakan subjek major saya manakala Geografi merupakan subjek minor saya di universiti namun begitu saya juga mempunyai kemahiran untuk mengajar subjek Sains, 3M,BM dan BI terutamanya untuk murid sekolah rendah. Saya berdedikasi untuk mengajar murid lebih-lebih lagi murid yang lemah bagi memahamkan konsep asas untuk memastikan murid mendapat pengetahuan kukuh terhadap satu-satu topik secara keseluruhan. Saya juga seorang yang ramah dan mudah untuk berbual agar murid-murid tidak berasa kekok dan selesa sepanjang pengajaran lebih-lebih lagi untuk bertanyakan soalan. Saya juga suka mendorong murid untuk berfikir berdasarkan soalan yang diajukan di samping membimbing mereka untuk mendapatkan kefahaman yang maksimum.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik game-based learning dan konstruktivisme untuk memastikan murid sentiasa aktif dalam kelas dan dapat mengaplikasikan konsep dengan cara yang menyeronokkan. Teknik konstruktivisme pula membolehkan murid membina pengetahuan baharu daripada pengetahuan terdahulu supaya dapat mengukuhkan konsep sedia ada dengan ilmu yang baharu dipelajari. Saya juga menyediakan bahan latihan serta menggunakan aplikasi dalam talian untuk menguji pemahaman murid setelah selesai pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5