Profile Picture

Fatin Nadhirah *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Science (Human Development & Management) & Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fatin. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman mengajar subjek Matematik lebih 10 tahun sejak tahun 2011 dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Minat saya pada subjek Matematik bermula dari pengalaman saya belajar Mental Arithmetic sejak umur 6tahun. Saya mula mengajar sambilan subjek Matematik & Bahasa Melayu semasa seorang pelajar Ijazah. Berkemahiran dalam mengajar teknik mudah menyelesaikan masalah untuk soalan matematik, melahirkan dan menarik ramai pelajar lebih minat subjek matematik. Saya juga mengajar secara pelajar untuk lebih sistematik & mudah faham sehingga yakin dan cemerlang dalam subjek Matematik. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Ingin anak skor yakin & cemerlang dalam matematik? Hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman lebih dari 10tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang mudah bergantung kepada keupayaan pelajar. Saya lebih utamakan pemahaman pelajar bermula daripada asas matematik. Saya juga mengaplikasikan teknik belajar dengan seronok dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan kepada teknik mudah memahami & menyelesaikan soalan dengan lebih cepat dan tepat merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Hasil ilmu yang diajar kepada pelajar sehingga mencapai kecemerlangan merupakan satu kepuasan saya sebagai tutor
Penilaian & Maklumbalas

Dr. Nur Maisarah Roslan : Matematik

Ok

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3