Profile Picture

Siti Suriati *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Science Biology (Universiti Sains Malaysia)

Jasin, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru praktikal yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Menengah. Saya seorang yang ceria, ramah, memahami dan mudah bertolak ansur terhadap anak didik, namun saya tegas melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan pendekatan berpusatkan murid, di mana saya akan menggunakan keedah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21). Saya akan mengaplikasikan teknik pengajaran yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti video animasi dan kaedah gamification seperti kuiz wordwall dan kahoot! supaya saya dapat memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan bahan bantu mengajar seperti lembaran aktiviti berkaitan topik yang dipelajari untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai objektif pembelajaran. Saya juga menggunakan mnemonik untuk membantu anak didik saya mengigati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan slaid nota canva yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6