mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Dalila *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Business Administration / Uitm Shah Alam

Pasir Mas, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Dalila, seorang tutor yang mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang pendidikan terutama untuk subjek matematik. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan sebagai pensyarah junior di sebuah kolej swasta pada tahun 2013 selama 2 tahun. Seterusnya saya meneruskan karier saya sebagai Finance Manager di sebuah Resort selama 8 tahun dan sekarang merupakan Account Executive di sebuah syarikat swasta terkemuka dalam industri penerbangan. Mendidik dan mengajar adalah minat saya. Walaupun bekerja, saya tetap menjadi tutor sambilan untuk mengasah pengetahuan dan mencabar diri saya sebagai pendidik dan juga sebagai seorang ibu. Dalam era sekarang, sebagai parents, kita kena sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan sebagai persediaan untuk anak-anak. Jadi, dengan menjadi tutor, saya sentiasa mencari pendekatan baru serta update-update terkini untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran supaya tidak ketinggalan dan memastikan anak-anak didik sentiasa peka dengan perkembangan semasa.
Teknik Pengajaran
Mendidik bukanlah mudah namun untuk mencapai objektif setiap pembelajaran, saya akan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai mengikut keadaan dan perkembangan pelajar. Pertama, saya akan menarik minat pelajar dahulu supaya mereka sukakan subjek yang ingin dipelajari dan sukakan saya sebagai tutor mereka dengan cara bercerita atau didik hibur. Kemudian saya akan teruskan dengan teknik quiz atau teka teki supaya pelajar merasa fun untuk belajar. Seterusnya saya akan menggunakan teknik latih tubi untuk menilai tahap kefahaman dan kebolehan setiap pelajar untuk menjawab soalan. Dengan itu, saya boleh tahu di mana kelemahan pelajar untuk setiap subjek tersebut. Maka dengan ini, setiap pelajar akan dibimbing secara lebih efektif dan tidak tertekan.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 4