mytutor_mobile
Profile Picture

Anis Karmila *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan Melayu (universiti Pendidikan Sultan Idris)

Jitra, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta sentiasa bersemangat untuk membantu anak didik mencapai keputusan yang cemerlang. Saya menggunakan konsep santai dan ramah dengan pelajar namun tegas. Pengalaman selama hampir dua tahun sebagai penyunting/editor tesis dan buku (freelancer) serta tutor dalam talian memacu semangat saya untuk memastikan anak didik menguasai Bahasa Melayu dengan betul dan mencapai matlamat mereka dalam pelajaran. Saya juga suka membantu anak didik untuk memahami tatabahasa dengan mudah. Semoga pengalaman dan pengetahuan yang ini dapat dikongsikan dengan lebih ramai pelajar di luar sana.
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah soal jawab untuk memastikan pelajar kekal terlibat di dalam kelas terutamanya secara maya. Saya juga menyediakan teknik karangan yang pelbagai untuk memastikan anak didik dapat menulis dengan mudah. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu pelajar mengingati sesuatu perkara dengan berkesan. Saya juga menyediakan nota berwarna-warni bagi kelas dalam talian dan dikongsikan kepada pelajar selepas selesai kelas untuk dirujuk semula.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6